Dalang bocor dikenal pasti
12 September 2014
Putrajaya: Beberapa individu dan empat lokasi 'panas' yang didakwa punca kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sudah dikenal pasti oleh Kementerian Pendidikan manakala polis tubuhkan pasukan khas bagi menyelaras laporan dan siasatan.
Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata, individu dan empat lokasi panas itu dikenal pasti berdasarkan siasatan awal polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta kementerian.
![]() |
| Idris menunjukkan fotokopi kertas Science yang bocor |
“Saya kesal kerana perkara itu memberi kesan kepada 473,175 calon UPSR dan mahu pengkhianat yang terbabit di bawa ke muka pengadilan serta dikenakan tindakan sekeras-kerasnya.


