Akhbar Tempatan

Harakah Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

SKMM siasat rakaman ‘Aidilfitri bersama anjing’

31 July 2013

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diarah mengambil tindakan terhadap penyebaran satu lagi video dikatakan menghina Islam bertajuk '1 Hari Di Hari Raya' yang disiarkan dalam YouTube.


 Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, berkata SKMM diarah menyegerakan siasatan terhadap pemilik video yang dianggap boleh mengganggu sensitiviti Islam itu. 

 "Saya menerima banyak pertanyaan mengenai hal ini walaupun SKMM belum menerima laporan mengenainya. Oleh itu, saya mengarahkan SKMM untuk menyiasat video itu," katanya ketika dihubungi, hari ini. 

 Video itu menunjukkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Chetz membawa tiga anjingnya bersiar-siar dekat perkarangan masjid dengan suara latar Takbir Raya. 

Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki berbaju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah-olah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga haiwan itu. 

 Video berdurasi 1 minit 44 saat itu juga menyiarkan kata-kata "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesis, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga anjing itu). 

 Ia turut memuatkan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari Chetz sekeluarga" dengan gambar lelaki duduk bersama tiga anjing di sofa. 

Sebelum ini, pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee didakwa di mahkamah kerana mempersenda Ramadan dan umat Islam dengan memuat naik gambar sedang makan hidangan daging babi, Bak Kut Teh, beserta kapsyen dan logo halal di Facebook. 

 credit to Bernama Media

Read more...

Sazzy Falak dihentam peminat gara-gara sokong Alvivi

26 July 2013

24 Jul – Gara-gara berkongsi sebuah rencana yang ditulis oleh seorang penulis blog di laman sosial Facebook miliknya mengundang padah apabila pengacara dan pelakon jelita Sazzy Falak dihentam teruk oleh pengguna Facebook lain. 


Menurut laporan Malaysian Digest, Sazzy telah dikritik kerana dikatakan tidak memahami konteks perilaku yang terjadi di negara yang berbilang kaum dan masyarakat serta dilihat seakan-akan menyebelahi pasangan blog seks, Alvin Tan dan Vivian Lee.

 Alvin dan Vivian yang turut dikenali sebagai Alvivi telah menimbulkan kemarahan orang ramai apabila mereka memuat naik sekeping gambar berbuka puasa dengan Bak Kut The (makanan berasaskan sup herba dan khinzir). 

Sebelum ini Alvivi turut menjadi perhatian ramai apabila menyiarkan gambar dan video aksi seks mereka di blog. 

Walaubagaimanapun pengacara berusia 32 tahun ini menafikan dirinya telah berkongsi rencana tersebut di laman Facebook. 

"Saya tak tulis apa-apa di Facebook saya. Saya tak share apa-apa pun. Saya memang jarang buka Facebook, selalunya ia dikemaskinikan oleh admin saya. Saya rasa ada orang yang terkongsi dan menggunakan akaun saya. 

"Sejujurnya saya tidak tahu sangat mengenai isu pasangan tersebut. Saya hanya tahu tentang pasangan tersebut. Saya hanya tahu tentang pasangan itu pun melalui berita tapi saya tak ambil tahu cerita sebenar mengenai kontroversi. 

 "Nampak macam memang saya yang tulis tapi sumpah itu bukan saya. Apapun saya mohon maaf kalau 'saya' telah menimbulkan kemarahan ramai. Kalau saya nafikan pun, nanti orang tentu akan cakap yang nampak sangat macam 'saya' bersalah. Jadi adalah lebih baik saya minta maaf kepada mana-mana yang terasa dengan hal ini," ujarnya. 

Tambah Sazzy lagi, dia tidak menyokong kepada pasangan itu, tambahan dia tidak tahu cerita sebenar. 

 "Apa yang penting, jujur itu bukan saya. Pendirian saya yang sebenar tentunya saya tidak berpihak kepada pasangan itu. Tambahan pula saya tidak tahu cerita sebenar. Sebagai rakyat yang tinggal di negara berbilang kaum, kita mestilah jaga sensitiviti budaya dan agama bangsa lain. "Saya juga tak rasa ada pihak yang cuba nak burukkan nama saya. 

Saya minta maaf kalau 'saya' menimbulkan kemarahan ramai. Biarlah orang nak benci saya pun. Saya tak mahu terlalu memikirkan perkara ini. Sebab saya ada banyak hal lagi nak buat dan uruskan.

" Pada masa sama, Sazzy berkata dia akan meminta penjelasan sebenar daripada admin yang menguruskan laman Facebook miliknya. 

credit to yahoo mail entertainment

Read more...

RM500 bantuan khas raya

25 July 2013

Peruntukan RM835j kepada penjawat awam dibayar akhir bulan 

  Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54. 

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka. 

Bantuan kewangan yang akan dibayar pada 31 Julai ini membabitkan peruntukan kewangan RM835 juta. 

-credit to bharian

Read more...

Petua untuk sentiasa tampak jelita

24 July 2013

22 Jul – Ada lagi di antara anda yang masih mengamalkan petua – petua yang di pelajari daripada keluarga. Petua tradisional seperti lendir bunga raya untuk rambut lebat amat biasa kita dengar. Namun ada beberapa petua di bawah tidak biasa kami dengar. 

Di sini kami senaraikan beberapa petua kecantikan yang popular. Jangan terkejut ya dengan petua yang agak pelik bunyinya. 

Petua untuk sentiasa tampak jelita
MATA 
 Timun menyegarkan mata 
Timun mengandungi air yang mampu membuatkan mata yang letih kembali segar. Caranya, potong timun yang disimpan di dalam peti ais dan letakkan pada mata sebelum tidur. Elakkan memotong terlebih dahulu sebelum di simpan. Ini akan membuatkan timun itu kering. 

Uncang teh atasi keletihan mata 
Jangan buang uncang teh yang sudah dipakai. Letakkannya di mata terlebih dahulu selama 10 minit untuk mengatasi keletihan mata. Petua ini jarang kita dengar. Namun, ia agak popular di kalangan wanita United Kingdom. 

 Sudu sejuk mengurangkan bengkak pada mata 
Anda cuma perlu sejukkan sudu besi semalam. Keesokan pagi letakkan sudu sejuk tersebut di kelopak mata sebelum anda bersolek. Kesannya, bengkak pada bawah mata anda tidak jelas kelihatan. Kalau anda hendak tahu, petua ini juga di amalkan oleh Miranda Kerr, model popular Victoria Secret.

Vaseline atasi rambut mengerbang 
 Sememangnya kita sudah sedia maklum bahawa Vaseline amat bagus untuk kulit. Namun pernahkah anda mendengar Vaseline digunakan untuk mengatasi rambut mengerbang? Cuba lah, siapa tahu mungkin berhasil. 

Sos Tomato untuk rambut berwarna 
Pernahkah anda ke salun untuk mewarnakan rambut tetapi hasilnya kurang memuaskan dan anda perlu ke salun selepas 3 hari untuk membetulkan kembali warnanya. Leceh bukan? Ada pihak mendakwa, dengan melumurkan sos tomato selama 30 minit ke rambut anda boleh memiliki kembali warna rambut itu. Petua ini juga pernah di amalkan oleh Siena Miller. 

KAKI 
Pakai stoking ketika tidur untuk kaki licin 
Sebelum tidur, sapukan krim pelembap pada kaki dan tidur menggunakan stoking. 

Cukur bulu kaki dengan perapi rambut 
Jika anda alergi dengan produk pencukur tertentu, perapi rambut mungkin berkesan untuk anda yang sering mengalami kegatalan kulit kaki selepas bercukur. 

Pedicure ikan 
Anda boleh mendapatkan khidmat ini di kedai refleksologi yang ada menawarkan rawatan kaki. Ikan – ikan kecil ini akan memakan sel-sel mati pada kaki anda. Cuma anda perlu tahan rasa geli ketika ikan – ikan ini mengigit ya. 

RAMBUT 
Cuka untuk rambut sihat Bunyinya agak pelik, namun ia berkesan. Apa yang anda perlu buat, bilas rambut anda dengan cuka selepas bersyampu. Anda tidak perlulah melakukannya setiap hari. Cukup sekadar seminggu sekali ya. 


ANGGOTA BADAN YANG LAIN 

Soda bikarbonat untuk gigi putih 
Campurkan satu sudu kecil soda bikarbonat dengan ubat gigi anda. Hasilnya, gigi akan lebih putih. 

Gincu sebagai pemerah pipi 
Jika anda kehabisan pemerah pipi dan belum sempat membelinya, calitkan sedikit gincu pada pipi dan ratakan. 

 Mandi air sejuk untuk payudara tegang 
Ada wanita mempercayai bahawa dengan mandi air sejuk, payudara mereka akan sentiasa tegang. Bukan sahaja payudara, malah seluruh anggota badan juga. -Tupai.com.my

Read more...

Abby Abadi mengaku nikah di Thailand

23 July 2013

22 Jul – Setelah lima tahun memegang status ibu tunggal, pelakon Abby Abadi tampil membuat pengakuan dia sudah bernikah di Thailand bersama jejaka yang dikenali sebagai Muhammad Noor Farhan Che Bakar pada 9 Julai lalu.

Berita mengenai perkahwinan Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan, 36, dengan Farhan, 24, menjadi buah mulut orang ramai setelah Abby memuat naik gambarnya bersama Farhan menerusi Instagram Jumaat lalu.

Dalam gambar tersebut, Abby mengatakan sudah 12 hari bergelar isteri kepada lelaki yang 12 tahun lebih muda daripadanya.

"Ya, saya bernikah di Thailand. Tak ada masalah pun dalam undang-undang Islam bernikah di negara jiran, tetapi saya mempermudahkan yang payah. Cuma saya perlu selesaikan beberapa isu yang berbangkit," jelas bekas anggota kumpulan Elite itu.

Abby bagaimanapun enggan mengulas mengenai lokasi perkahwinan kerana khuatir perkara ini akan mencetuskan masalah dalam rumah tangganya. Pelakon ini juga tahu pasti ada respon positif mahupun negatif mengenai perkahwinannya namun dia tetap menyifatkan perkara ini adalah jodoh yang sudah ditentukan.

 Mengulas mengenai perkenalan mereka, Abby mengatakan pertemuannya dengan Farhan yang berasal dari Kok Pasir, Tumpat Kelantan itu bermula apabila mereka bertemu di pasar raya dan mengambil keputusan untuk berkahwin selepas dua minggu berkenalan.

Abby juga mengatakan bahawa kedua-dua keluarga mereka merestui perkahwinan ini walaupun pada mulanya terkejut. Abby juga bakal berjumpa dengan keluarga suaminya selepas berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Besut, Terengganu dan merancang untuk mengadakan majlis persandingan di rumahnya di Kuala Lumpur pada 31 Ogos ini manakala majlis di Tumpat pula akan berlangsung pada 6 September.

Sebelum ini, Abby pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Norman Hakim pada 8 Januari 2002 dan mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 10, Marissa Dania Hakim, 8 dan Maria Danisha Hakim, 5 sebelum bercerai pada 18 September 2008. 

Selepas itu, Abby pernah bercinta dengan aktor kacak Zul Ariffin selama beberapa tahun sebelum putus pada 2011. - yahoo.com

Read more...

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP