Akhbar Tempatan

Harakah Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Rentapan kebas mesin ATM

10 August 2013

Kulaijaya: Sekumpulan tiga hingga lima lelaki mengambil kesempatan melarikan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dari sebuah bank di Jalan Pasar ketika umat Islam sibuk menyambut Aidilfitri, awal pagi semalam.

Dalam kejadian antara jam 2.30 dan 2.45 pagi itu, kumpulan lelaki bertindak pantas mengeluarkan mesin ATM itu dari premis berkenaan menggunakan kenderaan pacuan empat roda sebelum melarikannya menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV).


 Ketua Polis Daerah Kulaijaya Superintendan Zulkefly Yahya mengesahkan kejadian dan berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti penjenayah terbabit. 

 “Orang awam menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya jam 3 pagi sebelum pasukan peronda dikejarkan ke tempat kejadian. 

RAKAMAN CCTV menunjukkan suspek menarik keluar mesin ATM.
 “Pemeriksaan awal mendapati sebuah daripada beberapa mesin ATM di bank itu hilang. 

sumber - myMetro

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP