Akhbar Tempatan

Harakah Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Kematian eksekutif penerbangan AirAsia X penuh tragis

31 August 2013

Kematian eksekutif penerbangan Shahrinawati Abu Bakar (gambar bawah) lebih tragis daripada laporan sebelum ini dengan fakta baru diterima.


 Polis petang ini mengesahkan beliau bukan sahaja dilanggar malah barangannya turut dirompak.

Ketua Polis Ampang Amiruddin Jamaluddin berkata seorang saksi bersama rakannya membawa Shahrinawati ke hospital namun sudah terlambat.

"Saksi melihat dua lelaki cuba merompak beliau. Dia kemudian mengundurkan kereta bagi menghalang penjenayah tetapi malangnya terkena mangsa," kata Amiruddin.

Laporan awal mendapati mangsa maut disebabkan cedera parah namun hasil penyiasatan mendapati sebaliknya.

Dua penjenayah melarikan diri menggunakan motosikal Yamaha LC berwarna hitam dan seorang daripada mereka keciciran dompet.

 Kejadian berlaku di hadapan kondominium Palm Villa di Taman Cempaka di mana mangsa tinggal bersama tiga adiknya.

Shahrinawati, 30, diserang ketika keluar dari kenderaan pada jam 2.45 pagi.

 Siti Mariam Mohd Hanif, 23, rakan kepada mangsa, berkata Shahrinawati seorang ketua yang baik. 

"Dia seorang yang tegas bila bekerja dan dihormati ramai," katanya yang kali terakhir berjumpa mangsa pada petang Rabu ketika sesi taklimat. 

Bapa mangsa, Abu Bakar Jemain, 53, ketika ditemui di rumah mayat Hospital Kuala Lumpur kelihatan tenang. 

 "Ini sudah ditakdirkan. Biar polis yang menyiasat," katanya. 
 
Kematian eksekutif penerbangan AirAsia X penuh tragis

Rakan dan saudara hadir ke Masjid Nurul Hidayah Pandan Indah petang tadi bagi memberikan penghormatan terakhir.











sumber - The Malaysian Insider

Read more...

Akademi Anggur Malaysia: Panduan Menyemai Keratan Anggur

21 August 2013

Akademi Anggur Malaysia: Panduan Menyemai Keratan Anggur:

Read more...

Kopak peti besi kebas RM1.5 juta

14 August 2013

Kajang: Seorang ahli perniagaan kerugian dianggarkan RM1.5 juta selepas kediamannya di Sungai Long, di sini, dipecah masuk ketika mereka sekeluarga pulang ke kampung untuk berhari raya.

Mangsa, Abdul Salam Ahmad, 49, berkata, dia hanya menyedari kejadian itu sebaik pulang ke rumah Ahad lalu jam 9.30 malam dan terkejut apabila mendapati barangan dalam rumah berselerak.

Menurutnya, sebaik masuk dalam bilik utama, dia terkejut apabila mendapati peti besi keselamatan dikopak dan barangan kemas serta wang lesap.

 “Penjenayah terbabit dipercayai masuk rumah melalui laluan belakang sebelum memecahkan pintu .

KEADAAN peti besi yang dipecahkan penjenayah.
“Sebelum kejadian itu, kami pulang ke kampung di Sungai Petani, Kedah pada 5 Ogos lalu dan pulang semula ke sini pada Ahad lalu sebelum menyedari rumah dipecah masuk,” katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam.

sumber-myMetro

Read more...

Pengurus resort ditahan

13 August 2013


Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut bersama kakitangan Jabatan Agama melakukan pemeriksaan arah kiblat surau di sebuah resort di Sedili Besar, Kota Tinggi yang digunakan untuk upacara keagamaan penganut Buddha

Polis siasat mengikut Kanun Keseksaan berkaitan mencemar tempat sembahyang

Johor Bahru: Polis menahan pengurus sebuah resort di Sedili Besar, dekat Kota Tinggi, semalam, susulan kejadian penganut Buddha dibenarkan menjalankan upacara keagamaan di surau resort itu.

Lelaki berusia 34 tahun ditahan jam 1.30 petang di resort itu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu berkaitan membinasakan, merosakkan atau mencemar tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan orang.  

credit - BHarian

Read more...

Propaganda media Filipina

Kota Kinabalu: Ketua Pengarah Pusat Kawalan Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Mohammad Mentek menafikan laporan media Filipina lapan anggota keselamatan negara terkorban dalam satu pertempuran dengan tentera Sulu di Felda Sahabat, Lahad Datu, Jumaat lalu. 

Mohammad berkata, laporan itu hanya propaganda bertujuan mencetuskan perasaan takut dalam kalangan penduduk di negeri ini khususnya di kawasan pantai timur.

 “Kami sudah memeriksa dan menyiasat perkara itu dan ternyata ia tidak benar kerana setakat ini belum ada sebarang pertempuran baru apatah lagi membabitkan kematian anggota keselamatan kita.

“Ini bukan kali pertama berita palsu timbul dan saya percaya ia hanya propaganda mereka (Kesultanan Sulu) untuk mencetuskan ketakutan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai tidak mudah percaya dengan laporan media disiarkan negara jiran.

sumber-myMetro

Read more...

Rentapan kebas mesin ATM

10 August 2013

Kulaijaya: Sekumpulan tiga hingga lima lelaki mengambil kesempatan melarikan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dari sebuah bank di Jalan Pasar ketika umat Islam sibuk menyambut Aidilfitri, awal pagi semalam.

Dalam kejadian antara jam 2.30 dan 2.45 pagi itu, kumpulan lelaki bertindak pantas mengeluarkan mesin ATM itu dari premis berkenaan menggunakan kenderaan pacuan empat roda sebelum melarikannya menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV).

Read more...

40 tahun sembunyi dalam hutan

Hanoi: Seorang bapa dan anaknya ditemui tinggal di dalam hutan di Vietnam 40 tahun selepas mereka menghilangkan diri ketika perang negara itu dengan Amerika Syarikat.

 Ho Van Thanh dan anaknya Ho Van Lang melarikan diri dari kampung mereka selepas serangan bom Amerika Syarikat membunuh tiga anggota keluarga mereka.

Mereka ditemui penduduk tempatan yang mencari kayu api jauh di dalam hutan di daerah Tay Tra di wilayah Quang Ngai.

Read more...

Perantau pulang kali akhir

Sabak Bernam: Kegembiraan menyambut Aidilfitri bertukar tragedi apabila tiga individu termasuk seorang pegawai tinggi tentera terbunuh dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer (km) 63, Jalan Teluk Intan-Klang, di sini, kelmarin.


 Kejadian jam 4.30 petang itu dipercayai berlaku apabila sebuah Proton Iswara dinaiki tiga individu termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun terbabas dan memasuki laluan bertentangan. 

 Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Noor Mushar Mohammad berkata, kereta itu kemudian bergesel dengan sebuah kenderaan pelbagai guna Nissan Hyper CVT sebelum dirempuh sebuah kereta Kia Forte dari arah bertentangan. 

Menurutnya, dua mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dikenali sebagai Mohd Zul Fazelin Baharudin, 34, dan seorang pegawai tentera berpangkat Leftenan Kolonel Ajman Bakar, 57.  

AHLI keluarga Ajman menangisi kematian mangsa.      

“Seorang lagi mangsa wanita warga Indonesia dikenali sebagai Sopiah Abdullah, 24, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tanjung Karang (HTK),” katanya. 

sumber - myMetro

Read more...

TEMA MERDEKA 56 : MALAYSIAKU BERDAULAT : TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

3 August 2013

''Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku'' tema Merdeka 56 Astro Awani | Kemas kini: Ogos 03, 2013 

 KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri telah memilih tema ‘Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku’ sebagai tema Hari Kemerdekaan ke-56 tahun ini. 

Tema yang lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara disamping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan Negara. 

Selaras dengan pendekatan tema ini, konsep sambutan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan Negara. 

 Insiden pencerobohan Lahad Datu dan Semporna menjadi iktibar terbaik dalam memperbaiki teras utama dalam bidang ketenteraan. 

Menurut jurucakap Kementerian Komunikasi dan Multimedia, satu pertandingan logo kemerdekaan turut diadakan selama 10 hari dan dibuka kepada rakyat Malaysia sempena pemilihan tema ini dan ianya telah dimenangi oleh Noor Hishammudin Omar. 

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 ini, beberapa acara akan diadakan bagi meraikan hari kegemilangan ini iaitu Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang pada 16 Ogos di Sungai Petani, Kedah, Sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos di Pusat Maritim Putrajaya dan Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kemerdekaan Ke-56 pada 31 Ogos. 

Selain itu, sempena Sambutan Jubli Emas Hari Malaysia, Sabah dan Sarawak turut akan mengadakan pelbagai acara bagi memeriahkan sambutan ini seperti Acara Bot Berhias pada 15 September di tebingan Sungai Sarawak dan acara sambutan pada 16 September 2013 di Padang Merdeka, Kuching dimana ia dijangka turut melibatkan pelancaran duit syiling khas sempena Jubli Emas sambutan berkenaan. 

Sambutan acara Jubli Emas Hari Malaysia Ke-50 di Sabah turut akan diadakan di Tanjung Aru, Kota Kinabalu dimana ianya akan dimeriahkan dengan penyertaan semua kaum di Sabah yang terdiri dari 35 kumpulan kaum dan etnik. 

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesemua program dan aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 dan Jubli Emas Hari Malaysia Ke-50 menerusi www.malaysiamerdeka.gov.my. 

sumber - astro awani
           03.08.2013
 

Read more...

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP