Akhbar Tempatan

Harakah Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Pelaksanaan PBS ditangguh sementara - KP

27 February 2014

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ditangguhkan sehingga ia dimuktamadkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat.

 Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof, berkata kajian menyeluruh mengenai pelaksanaan PBS sedang dijalankan dan cadangan penambahbaikan akan dikemukakan kepada Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk keputusan. "Buat masa ini guru-guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan PBS sehingga satu kenyataan mengenainya dibuat oleh KPM dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

 Dr Khair berkata, selaras dengan arahan Menteri Pendidikan supaya kajian menyeluruh mengenai pelaksanaan PBS, KPM mengambil inisiatif meneliti semula pelaksanaannya supaya dapat mengurangkan bebanan tugas guru.

 “Kajian dan penelitian ini difokuskan kepada rombakan terhadap perkara yang membabitkan kekerapan guru memasukkan data berkaitan eviden dan pencapaian murid, termasuk juga pengisian borang perekodan prestasi murid yang boleh membebankan guru,” katanya.

 Dr Khair berkata, di samping memastikan kajian dan penelitiannya dilaksana secara berkesan, KPM juga mengambil beberapa langkah segera bagi menanganinya termasuk menangguhkan taklimat PBS di peringkat sekolah rendah dan menengah seluruh negara bermula pada 17 Februari ini bagi mengelakkan kekeliruan terhadap pelaksanaannya.

 Beliau berkata, KPM juga akan mengadakan bengkel membabitkan guru termasuk kesatuan guru dalam usaha penelitian dan kajian semula terhadap pelaksanaan PBS. “Bengkel berkenaan akan dilaksanakan pada awal dan pertengahan Februari ini dan hasilnya akan dibentangkan semula kepada KPM dalam tempoh terdekat.

 “Selain itu, pihak KPM akan menubuhkan Jawatankuasa Pasukan Petugas PBS di peringkat KPM yang mengadakan mesyuarat setiap minggu bagi meneliti dan menilai perkembangan setiap tindakan terhadap penelitian PBS,” katanya.

 Sementara itu, bagi menangani isu berbangkit berkaitan PBS dengan segera dan berkesan, KPM akan mewujudkan ‘war room’ PBS di peringkat KPM. 

 “Usaha penambahbaikan terhadap capaian Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) juga sedang dilaksanakan di peringkat KPM bagi memastikan guru-guru boleh mengakses sistem berkenaan secara lebih mudah dan berkesan. 

 “Semua tindakan berkenaan diambil bagi memastikan setiap elemen pelaksanaan PBS dapat memberikan taksiran secara holistik terhadap murid dan dalam masa yang sama, mengurangkan bebanan tugas guru yang melaksanakannya,” katanya.

sumber-berita harian

Read more...

Putrajaya tidak akan mansuhkan PBS kerana rakyat mahukannya, kata Idris Jusoh

Putrajaya tidak akan mansuhkan PBS kerana rakyat mahukannya, kata Idris Jusoh
OLEH DIYANA IBRAHIM
FEBRUARY 24, 2014
LATEST UPDATE: FEBRUARY 24, 2014 03:06 PM

 Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh (gambar), berkata Kementerian Pendidikan akan tetap meneruskan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kerana pelaksanaan itu yang dimahukan oleh semua rakyat di negara ini.

 Beliau berkata, sebelum ini rakyat Malaysia meminta kementerian menukar sistem pendidikan Malaysia untuk tidak berorientasikan peperiksaan.

 "Kita tetap akan meneruskan sistem PBS kerana ini yang dimahukan semua rakyat, kita tidak akan sesekali memansuhkan, hanya menangguhkan untuk penambahbaikan," katanya pada sidang media Pameran Kejayaan Universiti Penyelidikan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hari ini.

 Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan mengumumkan penambahbaikan sistem PBS pada 1 April depan. 

Sebelum ini The Malaysian Insider melaporkan guru dan pengurusan sekolah mendapati sukar untuk menukar kembali PBS kepada sistem peperiksaan.

 Ini menjadikan kebanyakan sekolah mengamalkan dua sistem iaitu pada pemulaannya menggunakan PBS untuk menyenangkan Putrajaya dan satu lagi ialah kaedah peperiksaan bagi mengukur prestasi murid. 

Mengulas mengenai kesukaran yang dihadapi oleh guru, Idris berkata, pihaknya memahami situasi tersebut. 

Katanya, selama tempoh pemansuhan kerajaan akan mengkaji bentuk baru sistem PBS yang tidak membebankan guru.

 "Kita faham dan mendengar rintihan guru dan ibu bapa.

Kita membuat kajian selama dua tahun mengenai sistem ini. Isteri saya pun guru dan kita selalu berhubung sehingga ke akar umbi bagi menambahbaik sistem.

 "Buat masa ini guru jangan runsing dan tidak perlu penerangan tentang sistem ini kerana mereka hanya perlu fokus pada pembelajaran sahaja," katanya.

 Beliau berkata, sistem PBS merupakan kaedah yang terbaik untuk dilaksanakan di negara ini. 

 "Kerajaan sudah memutuskan dan PBS adalah sistem yang terbaik untuk dilaksanakan namun isunya di sini adalah pelaksanaan saja. 

 "Daripada segi objektif dan dasar PBS tidak ada masalah, hanya kita perlu perkemaskan lagi pelaksanaanya dan ini akan diumumkan pada 1 April ini," katanya. – 24 Februari, 2014.




Read more...

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

26 February 2014

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/25866-bantah-pbs-cikgu-mohd-nor-diarah-tukar-sekolah

Read more...

Pendaftaran UPSR Online 2014

4 February 2014

http://apps2.moe.gov.my/daftarupsr/

Read more...

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP