Akhbar Tempatan

Harakah Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

MAJLIS PEMUAFAKATAN BERSAMA IBU BAPA SEMPENA PROGRAM LINUS

17 October 2013

Program Pemuafakatan ibu bapa Linus 2013 telah dimulakan dengan perjumpaan bersama ibubapa pelajar Linus tahun 1,2, dan 3 2013 pada 03 Julai 2013 yang lalu. Untuk pertama kalinya pada tahun ini, kami melihat sambutan yang begitu menggalakkan daripada pihak ibu bapa. Pihak jawatan kuasa peringkat sekolah berbesar hati di atas sambutan yang begitu menggalakkan ini. 

 Perjumpaan dimulakan dengan penerangan umum tentang LINUS oleh Puan Jamilah Binti Rajli., guru-guru yang yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran Linus tahun 1,2 dan 3. Kemudiannya ibu bapa dipaparkan dengan keputusan sebenar yang telah anak-anak mereka perolehi pada saringan 1 yang baru lalu. 

Para ibubapa yang hadir

Program ini bertujuan untuk mendapatkan dapatan daripada pihak ibubapa punca sebenar yang menyebabkan anak-anak mereka kurang mampu untuk menguasai kemahiran yang diajar oleh pihak sekolah. Melalui dapatan tersebut, pihak Jawatankuasa Linus telah mendapati beberapa punca perkara ini berlaku, antaranya; 

a. Sikap anak-anak yang malas belajar di rumah 
b. Murid-murid tidak takut pada ibu bapa semasa di rumah 
c. Kurang bimbingan daripada ibu bapa di rumah 
d. Kurang bahan untuk ibubapa mengajar sendiri anak-anak mereka di rumah
e. Murid-murid kurang perhatian dan tumpuan perhatian mereka belajar hanya beberapa  
    minit sahaja 

Sesi ini juga memberi peluang kepada ibu bapa untuk bertanya sendiri kepada guru-guru yang terlibat tentang masalah pembelajaran murid-murid ini di dalam kelas. Dari sini dapatlah mereka mengetahui sendiri masalah yang guru-guru Linus hadapi semasa menggajar anak-anak Linus ini di dalam di dalam kelas. 

Pihak jawatan kuasa Linus sekolah mengharap kerjasama daripada ibu bapa untuk membantu menggajar anak-anak mereka di rumah. Untuk tujuan ini, guru linus telah sepakat untuk membekalkan bahan untuk murid-murid belajar di rumah dan meminta ibu bapa memantau anak-anak mereka belajar di rumah dan menyimpan bahan tersebut dalam fail khas supaya tidak hilang. 

Kesimpulannya, pemuafakatan seumpama ini, memang sangat-sangat diharapkan oleh pihak sekolah . Pihak ibubapa dan guru dapat bekerjasama untuk membantu mengurangkan Linus di sekolah amnya dan melepaskan anak-anak mereka dari kumpulan Linus tegar khasnya. Perjumpaan yang seterusnya akan diadakan pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP