Akhbar Tempatan

Harakah Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

BIJAK SIFIR (Kaedah Mudah Sifir)

2 September 2013

Adalah penting sebenarnya bagi para pelajar (anak anda) mahir di dalam sifir dan pendaraban. Ini kerana sifir dan pendaraban adalah asas bagi subjek matematik amnya dan apa jua yang melibatkan pengiraan khususnya. Kegagalan mereka menguasai sifir menyebabkan seseorang murid itu sukar untuk mendapat kecemerlangan dalam matematik. Dan juga jika murid tidak menguasai sifir dengan baik maka kemahiran membahagi atau mendarab juga pasti gagal dikuasai..

Kaedah Bijak Sifir Merupakan Satu Pendedahan Kaedah Mudah Untuk Menguasai Sifir Tanpa Perlu Menghafal Dan Mengingat Dan Percayalah Segalanya Menjadi Mudah Dengan Bijak Sifir.

Kaedah ini akan memudahkan anda untuk mengajar anak anda memahami atau mengetahui sifir dengan lebih mudah tanpa mereka perlu mengingat atau menghafal sifir.

Percaya atau tidak!! Kebanyakan pelajar sukar mengingati sifir dan akibatnya mereka lebih gemar memandang ke langit untuk mencari jawapan sifir ketika ditanya sifir walhal jawapan sifir ada di jari mereka!!!

 Menyedari betapa pentingnya kemahiran ini, maka terhasillah E-buku (Ebook) Bijak Sifir (Kaedah Mudah Sifir) yang bakal memudahkan para pelajar mencari jawapan untuk SIFIR tanpa perlu menghafal.

Bijak Sifir (Kaedah Mudah Sifir) bukan kaedah menghafal sebaliknya kaedah mencari jawapan SIFIR samada menggunakan jari di tangan atau pun menggunakan kaedah mudah nombor rujukan 10. Kaedah lama ini yang effektif dan berkesan tetapi kini telah tidak diamalkan malahan ianya juga jarang diajar di sekolah-sekolah oleh guru matematik.

Manakala Kaedah Mudah Sifir menggunakan nombor rujukan 10 adalah kaedah yang terkini yang diperkenalkan oleh orang barat untuk mengajar anak mereka cara mudah dalam matematik.

Sifir ibarat sebuah refleksi di cermin. Jika pelajar tahu sebahagian dari SIFIR 1 - SIFIR 11, jadi secara automatik mereka akan tahu kesemua jawapan SIFIR.

Read more...

Kitab Ajaib (Rehatkan Minda)

Assalamualaikum, salam sejahtera buat para pembaca budiman.

Kitab Ajaib (Rehatkan Minda)
Artikel kali ini, saya ingin berkongsi sedikit fakta menarik mengenai kitab suci bagi penganut agama Islam iaitu Al-Quran. Mengikut kepercayaan orang Islam, Al-Quran mengandungi wahyu Tuhan mereka yang diutuskan kepada nabi Muhammad saw kira-kira 1400 tahun yang lalu. Ia diturunkan sebagai panduan untuk semua umat manusia. Di dalamnya menceritakan kisah-kisah terdahulu bermula dengan kewujudan bumi melalui teori Big Bang sehinggalah pengakhiran bumi yang akan musnah. Pelbagai ilmu seperti sains, matematik, geografi dan sebagainya juga terkandung dalam kitab yang dikatakan mukjizat ini.

 Menarik mengenai kitab berbahasa arab yang kini sudah diterjemah dalam pelbagai bahasa ini ialah ia mempunyai bilangan perkataan yang unik. Ia mungkin dilihat logik dan biasa dari sudut tatabahasa tetapi bukanlah sesuatu kebetulan dari sudut matematik. Pasti, ia mempunyai sesuatu mesej yang ingin disampaikan. Berikut merupakan bilangan perkataan di dalam Al-Quran:

Read more...

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP