Akhbar Tempatan

Harakah Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

BIJAK SIFIR (Kaedah Mudah Sifir)

2 September 2013

Adalah penting sebenarnya bagi para pelajar (anak anda) mahir di dalam sifir dan pendaraban. Ini kerana sifir dan pendaraban adalah asas bagi subjek matematik amnya dan apa jua yang melibatkan pengiraan khususnya. Kegagalan mereka menguasai sifir menyebabkan seseorang murid itu sukar untuk mendapat kecemerlangan dalam matematik. Dan juga jika murid tidak menguasai sifir dengan baik maka kemahiran membahagi atau mendarab juga pasti gagal dikuasai..

Kaedah Bijak Sifir Merupakan Satu Pendedahan Kaedah Mudah Untuk Menguasai Sifir Tanpa Perlu Menghafal Dan Mengingat Dan Percayalah Segalanya Menjadi Mudah Dengan Bijak Sifir.

Kaedah ini akan memudahkan anda untuk mengajar anak anda memahami atau mengetahui sifir dengan lebih mudah tanpa mereka perlu mengingat atau menghafal sifir.

Percaya atau tidak!! Kebanyakan pelajar sukar mengingati sifir dan akibatnya mereka lebih gemar memandang ke langit untuk mencari jawapan sifir ketika ditanya sifir walhal jawapan sifir ada di jari mereka!!!

 Menyedari betapa pentingnya kemahiran ini, maka terhasillah E-buku (Ebook) Bijak Sifir (Kaedah Mudah Sifir) yang bakal memudahkan para pelajar mencari jawapan untuk SIFIR tanpa perlu menghafal.

Bijak Sifir (Kaedah Mudah Sifir) bukan kaedah menghafal sebaliknya kaedah mencari jawapan SIFIR samada menggunakan jari di tangan atau pun menggunakan kaedah mudah nombor rujukan 10. Kaedah lama ini yang effektif dan berkesan tetapi kini telah tidak diamalkan malahan ianya juga jarang diajar di sekolah-sekolah oleh guru matematik.

Manakala Kaedah Mudah Sifir menggunakan nombor rujukan 10 adalah kaedah yang terkini yang diperkenalkan oleh orang barat untuk mengajar anak mereka cara mudah dalam matematik.

Sifir ibarat sebuah refleksi di cermin. Jika pelajar tahu sebahagian dari SIFIR 1 - SIFIR 11, jadi secara automatik mereka akan tahu kesemua jawapan SIFIR.



 Ini kerana, jika diperhatikan gambarajah seperti di bawah, jawapan SIFIR 6 x 8 adalah sama dengan 8 x 6!!! Jika anda mengetahui sebahagian dari SIFIR 1 - SIFIR 11 jadi anda tahu kesemua jawapan SIFIR 1 - SIFIR 11...


Dengan adanya Bijak Sifir (Kaedah Mudah Sifir) ini, para pelajar akan lebih teruja dan lebih bersemangat untuk menyelesaikan masalah Sifir 1 – Sifir 11.

Dengan memberikan jawapan SIFIR yang tepat, pelajar akan merasa bangga dan ini akan menaikkan lagi moral mereka untuk belajar sifir kerana mereka akan beranggapan mereka mempunyai teknik yang memudahkan mereka untuk mendapat jawapan Sifir dengan mudah !!

 E-buku Bijak Sifir akan memberi anda secara terperinci bagaimana untuk mendapatkan jawapan SIFIR samada menggunakan teknik jari-jemari ataupun teknik mudah nombor rujukan 10. Kesemua teknik akan diperincikan dengan lebih teliti agar mudah difahami oleh para pelajar.

Kandungan E-Bijak Sifir ini adalah kaedah lama tetapi tidak dipraktikkan oleh guru-guru dan ibu-bapa sekarang. Guru-guru sekarang lebih gemar melihat anak murid mereka menghafal sifir dari mengetahui jawapan sifir dengan lebih mudah. Manakala ibubapa pula melihat anak mereka yang tidak dapat menyelesaikan masalah matematik disebabkan kelemahan anak mereka dalam mengingati SIFIR.

Kini, ada cara mudah untuk menguasai Sifir dengan pantas. Bukan lagi satu penghalang bagi anda untuk mempelajari SIFIR, tidak kira apa saja profesion anda. Ia boleh dipelajari di rumah, di pejabat, di sekolah, di serata tempat atau di mana-mana sahaja anda berada.

Anda tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke kedai-kedai buku, atau mengharungi jalanraya yang sesak untuk pergi ke kelas-kelas semata-mata untuk mendapatkan ilmu yang sungguh berharga yang anda cari-cari selama ini.

Mudah sahaja sekiranya anda mempelajarinya melalui E-buku “BIJAK SIFIR”.

E-Book ini menerangkan kepada anda panduan dan teknik-teknik berkesan untuk menguasai sifir dengan mudah. Setiap tajuk di dalam ebook ini, akan diterangkan dengan jelas dan teratur dengan gaya Bahasa Melayu yang ringkas dan mudah difahami.

Segala pelajaran yang diterangkan akan disusuli dengan latihan yang komprehensif dan menyeluruh untuk menguji kefahaman anak anda tentang sesuatu kaedah yang dipelajari.

EBook Kaedah Mudah Pendaraban. Ebook ini bukanlah satu kaedah yang membolehkan para pelajar memahirkan diri mereka dalam pendaraban dalam masa satu atau dua hari.Tetapi sebaliknya ianya adalah satu kaedah yang mana ianya memudahkan para pelajar mencari jawapan pendaraban (yang melibatkan pendaraban 3 digit ke atas) selain dari kaedah yang digunapakai di sekolah sekolah. Walaubagaimanapun adalah amat penting sekali bagi para pelajar memahirkan diri mereka terlebih dahulu untuk mengetahui jawapan SIFIR 1 – SIFIR 10.dengan mengguna Kaedah Mudah SIFIR (Buku Bijak Sifir).

sumber dr blog guru lain

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP