Akhbar Tempatan

Harakah Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Membina Laman frog vle...

26 September 2014

http://www.slideshare.net/mobile/oni69/manual-panduan-membina-laman-frog-vle

Read more...

Kisah Seorang Mekanik Putus Tunang Jadi Viral Di FB

21 September 2014

Kisah Seorang Mekanik Putus Tunang Jadi Viral Di FB

Read more...

Baca fakta mengenai negeri bumi kenyalang sebelum menghina Sarawak - SARAWAKIANA

18 September 2014

Baca fakta mengenai negeri bumi kenyalang sebelum menghina Sarawak - SARAWAKIANA

Read more...

Seorang jurutera ditahan di Kemaman berhubung UPSR bocor

16 September 2014


Bernama | Kemas kini: September 15, 2014 (Diterbitkan pada: September 15, 2014 23:46 MYT)

KUALA LUMPUR:  Seorang jurutera ditahan di Kemaman hari ini berhubung kes kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), menjadikan mereka yang ditahan kini berjumlah tujuh orang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Meng berkata lelaki tersebut berumur 34 tahun ditahan jam 1 tengah hari.

"Lelaki itu akan dibawa ke Mahkamah Putrajaya dan akan direman esok pagi," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sebelum ini, enam yang ditahan terdiri lima orang guru dan seorang ejen insurans.

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid mendudukinya Khamis lalu manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum pelajar mendudukinya pada hari yang sama.

Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 Sept sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut.

kredit to astro awani

Read more...

UPSR bocor : Empat guru ditahan di Pulau Pinang dan Perak

14 September 2014


Astro Awani | Kemas kini: September 14, 2014 (Diterbitkan pada: September 14, 2014 18:26 MYT)

KUALA LUMPUR:  Empat orang guru, tiga daripadanya lelaki ditahan di Pulau Pinang dan Perak kerana disyakki terlibat dalam isu kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang berlaku baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, suspek yang ditahan berusia di antara 30 sehingga 54 tahun.

"Penahanan dibuat pada pukul 3.30 petang di Pulau Pinang dan Parit Buntar, Perak.

"Semua gajet komunikasi mereka turut dirampas," katanya.

Pada Jumaat, polis telah mengambil keterangan enam pegawai Lembaga Peperiksaan dan seorang wartawan bagi membantu siasatan kebocoran kertas Sains dan Bahasa Inggeris UPSR.

Kong Meng turut menjelaskan, pihaknya sedang mengumpul keterangan bagi mengenal pasti dalang di sebalik kejadian itu.

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid menduduki peperiksaan itu pada Khamis manakala  kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 turut ditangguhkan sebelum mereka mengambilnya pada Khamis juga.

LPM menetapkan 30 Sept ini sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh sebelum ini turut meminta semua pihak memberi masa kepada pasukan petugas menjalankan siasatan berhubung kes kertas soalan UPSR.

Pada Jumaat, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pengarah LPM Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan itu selesai.

kredit to awani

Read more...

Respon tentang UPSR 2014 bocor.

http://thevocket.com/respon-tentang-upsr-2014-bocor-ini-mendapat-4203-share-dalam-masa-dua-hari-pengisiannya-sangat-bagus-untuk-ibu-bapa-amati/

Read more...

Chegu Zubir: Kes Soalan Bocor UPSR : Pengarah Lembaga Peperiksa...

13 September 2014

Chegu Zubir: Kes Soalan Bocor UPSR : Pengarah Lembaga Peperiksa...: SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan penggantungan tugas Pengarah Lembaga Peperiksaan Dr...

Read more...

Contoh Cara Mengisi Borang Tuntutan Perjalanan Kakitangan Awam Yang Sungguh Lengkap - Kisah Sekitar Kita

12 September 2014

Contoh Cara Mengisi Borang Tuntutan Perjalanan Kakitangan Awam Yang Sungguh Lengkap - Kisah Sekitar Kita

Read more...

KRONOLOGI CERITA SEBENAR GURU BERSALIN DI SEKOLAH DISAMBUT OLEH PENGETUA DAN PEGAWAI PPD - Kisah Sekitar Kita

KRONOLOGI CERITA SEBENAR GURU BERSALIN DI SEKOLAH DISAMBUT OLEH PENGETUA DAN PEGAWAI PPD - Kisah Sekitar Kita

Read more...

PROSEDUR PENYEDIAAN DAN PENGENDALIAN KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN UPSR OLEH LPM - Kisah Sekitar Kita

PROSEDUR PENYEDIAAN DAN PENGENDALIAN KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN UPSR OLEH LPM - Kisah Sekitar Kita

Read more...

Dalang bocor dikenal pasti



Putrajaya: Beberapa individu dan empat lokasi 'panas' yang didakwa punca kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sudah dikenal pasti oleh Kementerian Pendidikan manakala polis tubuhkan pasukan khas bagi menyelaras laporan dan siasatan.

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata, individu dan empat lokasi panas itu dikenal pasti berdasarkan siasatan awal polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta kementerian.
Idris menunjukkan fotokopi kertas Science yang bocor
 Bagaimanapun, Idris enggan mengulas mengenai kemungkinan pembabitan 'orang dalam' selain menyerahkan isu itu kepada polis untuk siasatan lanjut.

“Saya kesal kerana perkara itu memberi kesan kepada 473,175 calon UPSR dan mahu pengkhianat yang terbabit di bawa ke muka pengadilan serta dikenakan tindakan sekeras-kerasnya.

Read more...

UPSR : Gantung tugas Pengarah, Timbalan Pengarah Lembaga Peperiksaan wajar - NUTP



KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan menggantung Pengarah dan Timbalan Pengarah Operasi Lembaga Peperiksaan susulan kebocoran soalan kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah wajar dan efisien, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

Setiausaha Agung NUTP Lok Yim Pheng berkata tindakan itu menunjukkan kerajaan memandang serius terhadap insiden itu yang membabitkan hampir setengah juta murid yang mengambil peperiksaan.

"Kami berharap kerajaan dapat menyiasat perkara ini hingga ke akar umbi...walaupun pengarah digantung, tidak semestinya beliau bersalah," katanya kepada Bernama hari ini.

Read more...

Azimat Matematik

http://azimatmate.blogspot.com/2012/07/teknik-dan-markah-matematik-kertas-2.html?m=1

Read more...

Pengkhianat Bocorkan Soalan UPSR Akan Hadapi Hukuman Keras


Subjek UPSR buat Bahasa Inggeris dan Sains akan diadakan semula pada tarikh yang baru iaitu September 30, 2014.

 Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Datuk Misrah Ibrahim berkata demikan sambil menambah tarikh baru peperiksaan ini akan melibatkan 473,175 murid yang menduduki UPSR 2014, 51,438 petugas, 8,299 pusat dan 382 bilik kebal di seluruh negara.

"Dengan perkembangan terbaru ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuat siasatan dalaman ke atas semua dakwaan berkaitan perperiksaan UPSR perkara ini.

Read more...

Suspek utama soalan bocor adalah guru dari Johor

KUALA LUMPUR : Suspek yang disyaki bertanggungjawab membocorkan kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga menyebabkan 473,175 calon terpaksa menduduki semula matapelajaran berkenaan 30 September ini, dipercayai telah ditahan oleh pihak polis.
Gambar hiasan - Kesedihan seorang murid Tahun 6
Utusan Malaysia difahamkan, guru tersebut telah ditahan di Johor hari ini dan sidang akhbar berhubung perkara berkenaan akan dibuat esok.

 "Betul. Seorang guru telah ditahan di Johor,’’ kata sumber kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan semalam mengumumkan kertas Sains 018, 028, 038 UPSR didapati bocor dan peperiksaannya yang dijadual hari ini terpaksa ditangguhkan. - Utusan

Read more...

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP